Markas pemerintahan Bersekutu Kancah Pasifik Barat Daya (Perang Dunia II)

Jeneral AS Douglas MacArthur telah memerintah tentera Amerika di Filipina yang kemudiannya menjadi kancah Pasifik Barat Daya, tetapi pada masa itu ia adalah sebahagian dari kancah yang lebih besar yang merangkumi Pasifik Barat Daya, tanah besar Asia Tenggara (termasuk Indochina dan Tanah Melayu) dan Utara Australia, dibawah pengawasan sementara Amerika-British-Belanda-Australia Command (ABDACOM). Sejurus selepas kejatuhan ABDACOM, pemerintahan tertinggi medan Pasifik Barat Daya diberikan kepada MacArthur yang dilantik sebagai Pemerintah Bersekutu Tertinggi Kawasan Pasifik Barat Daya pada 30 Mac 1942. Kancah utama lain dalam dalam linkungan Pasifik, dikenali sebagai Kancah Lautan Pasifik, tentera Bersekutu telah diperintah oleh Laksamana AS Chester Nimitz. MacArthur dan Nimitz diselia oleh Ketua Turus Bersama AS dan Ketua Turus Gabungan (CCoS) Sekutu Barat.

Berkaitan